Selasa, 20 Julai 2010

Kejohanan Hoki Remaja Perak-MILO-MBI-MSN 2010




Pada 10 dan 11 Julai 2010, Pasukan Sekolah telah menyertai Kejohanan Hoki Remaja Perak-MILO-MBI-MSN. Kejohanan ini diadakan di Ipoh Padang dan Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Sekolah telah menghantar 4 pasukan iaitu SK. Perpaduan A (lelaki bawah 12 tahun), SK. Perpaduan B (lelaki bawah 12 tahun), SK. Perpaduan A (perempuan bawah 12 tahun) dan SK. Perpaduan B (perempuan bawah 12 tahun).

SK. Perpaduan A (perempuan bawah 12 tahun) telah mendapat tempat kedua bagi Ujian Kemahiran Asas Hoki manakala SK. Perpaduan A (lelaki bawah 12 tahun) menjadi Naib Johan Kejohanan bagi kategori lelaki bawah 12 tahun. Selain itu, Adik MUHAMAD KHAIRUL IKHWAN B. ABD RAZAK pula dipilih sebagai Penjaga Gol Terbaik Kejohanan bagi kategori lelaki bawah 12 tahun.

.....................................................................................

Keputusan Kejohanan Hoki Remaja Perak-MILO-MBI-MSN 2010 :

Lelaki bawah 12 tahun

JOHAN
SK SIMPANG


NAIB JOHAN
SK PERPADUAN A

TEMPAT KETIGA
SG SIPUT UNITED

TEMPAT KEMPAT
CHIE-KUO E’MENTARY

Kejohanan Hoki MSSM 2010



Kejohanan ini berlangsung pada 8 Jun hingga 13 Jun 2010. Kejohanan ini diadakan di Kuala Lumpur. Seramai 3 pemain sekolah yang mewakili Pasukan Negeri Perak iaitu ZULHUSNI B. ZULFAHISAN, MUHAMMAD FAIZ B. ABDUL RAHIM dan AMIRAH NUR ATIKAH BT. ISMAIL.

Kejohanan Hoki MSS Perak 2010



Kejohanan ini berlangsung pada 13 Mac hingga 16 Mac 2010. Kejohanan diadakan di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Seramai 9 orang pemain sekolah yang mewakili Pasukan Daerah Kinta Utara.

Pemain lelaki ialah FAIZZUL AZMIN B. MOHD FUZI, ZULHUSNI B. ZULFAHISAN dan MUHAMMAD FAIZ B. ABDUL RAHIM. Manakala pemain perempuan pula ialah AMIRAH NUR ATIKAH BT. ISMAIL, NURUL ANIS NAJWA BT. AHMAD ZABIDI, ZAHRA FASIHAH BT. TOUFIK ROSIDI, SITI SARAH BT. MOHAMMAD JOHARI, NOR AFIQAH BT. ABDUL RAZAK dan NABILAH BT. NOOR HISHAMUDDIN.